CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 23 September 2011

Percubaan kali ke 2

Assalamualaikum...hehheheh..slamat pagi dunia...Alhamdulillah..Allah masih lagi bagi aku peluang untuk bernafas d muka bumi ini...Terima kasih Ya Allah =). Sekarang jam 4.08 pagi (tertera d laptop)...Ini adalah percubaan kali ke 2 aku menulis blog. Dulu ada juga la time zaman2 Friendster (muahahha..kanak2 rebena btul) aku try menulis blog..tapi atas sebab2 tertentu...terpaksa account frienster itu di tutup hehehheh. So knapa aku buat percubaan kali ke 2?

Entala...tiba2 pulak pagi2 buta ni terasa mo menulis kembali. Actually dulu time aku sekolah rendah & menengah suka sangat menulis dairi (siap berbuku2 lagi) tapi lepas aku suda masuk U..aku semakin malas mo menulis (adakah sebab aku suda terdedah dengan benda2 canggih AKA teknologi??..emm may be =). Anyway, ilham timbul mo berblog semula sbb aku rs menerusi blog, aku boleh menulis AKA menaip apa2 jak yang aku mau di sini..tanpa ambil kira ianya di baca atau tidak ole org lain...because for me, through writting..i can truly become my self 100% and semperna mo menulis tesis master ni..aku mo asah semula skil penulisan aku. Aku rasa semenjak masuk U ni...atau lebih tepat lagi selepas tidak lagi mengambil kertas Bahasa Melayu..abis lintang pukang bahasa..atau lebih tepat aku rasa skil penulisan aku suda hilang...dulu kertas Bahasa Melayu 2 (if i'm not mistaken) adalah one of my favorite paper sebab ia adalah subjek mengarang dan aku juga sangat minat komponen sastera (very interesting subject).

Satu ketika dahulu (ceh..) aku hampir2 mau jadi guru bahasa Melayu..hahhaah..walaupun nda da bakat ni. Percaturan hidup aku yang sudah Allah tentukan...akhirnya aku melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 2006 dengan mengambil kursus ekonomi. Basically time aku form 6 aku betul2 mau jadi guru ekonomi (mo juga guru ba w/pn lain subjek..heheheh) dan mau belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sbb nda mau keluar dari Sabah kunun or in other words aku nda mau jauh dr family (ceh manja btul ba). Guess what..today I'm already 25 years old..and surprisingly I had been in here (KL) for almost 5 years....whoa..begitu lama suda masa berlalu..tp aku rs mcm sekejap jak aku d c ni. Rupa2nya Allah bagi rezeki aku d UM ni sbb Allah mo aku training untuk jadi manusia yang berdikari dan jadi contoh kepada adik2 aku. Alhamdulillah..dua orang adik aku Al-Ghazali AKA bulat & Sofia AKA buncit (hehehheh) sedang menyambung pengajian mereka di Semenanjung ni. Kalau aku Allah tidak campakkan di Kuala Lumpur ni..mesti smpai sekarang aku tidak tau berdikari & tidak merasa macam mana hidup di perantauan yang sebenarnya mengajar aku erti pentingnya insan2 yang bernama KELUARGA.

Rasa rugi pulak sbb dulu stop menulis blog..kenangan time undergrad hanya terakam melalui gambar dan bukan penulisan..hmmm..but it's never too late to start again right....?So kali ni aku mahu menulis hampir kesemua pengalaman aku (suka & duka) sepanjang masa aku berada di Kuala Lumpur AKA UM bagi menghabiskan sisa-sisa pengajian master aku ni...  juga menulis untuk berkongsi apa2 sahaja ilmu yang berguna di blog ini...dan juga berkongsi peristiwa2 & insan2 yang membentuk manusia biasa dan tidak sempurna bernama Nur Shahirah Azman. That's all..from_me _to_you..CyaeRaH (^_^)V

0 comments: